Tuesday 11 August 2009

SEKAPUR SIRIH



Assalamualaikum w.b.r. dan selamat sejahtera.

Salam perkenalan buat seluruh pengunjung blog SMK Pengkalan Aur, Taiping. Untuk pertama kalinya saya menulis dalam ruangan ini sebagai pengetua, sekaligus mewakili pihak pengurusan sekolah. Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua atas sokongan dan kerjasama yang diberikan kepada pihak saya selama ini.
Menjadi harapan saya agar blog sekolah ini dijadikan medan bertukar-tukar informasi dan idea dalam kalangan warga pendidikan di seluruh Malaysia. Saya juga berharap blog ini mampu menjadi pemangkin dalam bidang keilmuan tanpa batas sempadan. Insya- Allah , blog ini akan sentiasa dikemas kini dengan maklumat dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dari masa ke semasa.
Pembaca yang saya sayangi khususnya anak didik SMK Pengkalan Aur, gunakanlah peluang dan kecanggihan teknologi yang ada untuk mencapai kejayaan yang anda harapkan. Dengan berkat kerajinan, kegigihan serta istiqamah anda dalam mengejar kecemerlangan dan kosistensi anda dalam mengejar ibadah insya - Allah kecemerlangan dalam PMR dan SPM sebenarnya tidak jauh dari genggaman anda.




Salam hormat,


Pn. Hjh. Fatimah bt Omar.
Email : pengetuasmkpa@gmail.com